? ??????????????Cincinnati Bengals? ????? ?? ???Rating: 3.6 (284 Ratings)??0 Grabs Today. 10630 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, June 28, 2009

NAK DIAM BUAT SEMINGGU


Esok aku akan pergi luar negeri selama seminggu. Buat kerja sikit. Naik muak membaca kesah politik orang Melayu yang dah kronik sangat ni. Nak tergelak juga aku bila dengar Tuan Guru nak ajak DS Najib untuk berdebat. Mimpi apa Tok Guru ni? Bercakap bahasa Melayu pun pekat dengan dailek dan pelat kelete. Nanti jadi bahan ketawa satu Malaysia pula.Gapo isu yang mu nak royak?

Menurut cakap Tok Guru, dia ajak DS Najib berdebat sebab marah dengan Pemuda UMNO Kelantan yang buat laporan polis terhadap isi satu ceramahnya. Itulah Tok Guru, kata orang tua-tua cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dunia dah nak kiamat agaknya bila seorang ulama "tersohor" di Malaysia telah dilaporkan ke polis oleh sekumpulan orang Islam.

Dari cerita pasal orang, baik aku berdiam diri sekejap. Bila balik nanti aku nak lihat jika ada apa apa perubahan dengan Tok Guru seorang ini. Harap-harap TGNA banyak-banyak bersabar dan jangan melalut-lalut lagi. Di masa depan hendaknya beliau fikir dulu sebelum buka mulut.

Labi, labi..... kan aku dah cakap.

Lancang Biru

Friday, June 26, 2009

AKU TAK FAHAM, BETUL-BETUL TAK FAHAM....

Satu report polis telah dibuat ke atas seorang ulama politik terkenal ini. Kenapa sampai begitu sekali? Kalau ulama dah sampai diseret begitu rupa, mana dia rasa hormat kepada ulama, pewaris kepada nabi? Ini lah jika agama sudah dipolitikkan, bukan sahaja agama Islam dipersoalkan oleh orang bukan Islam bahkan seorang ulama yang selama ini amat disanjung tinggi terpaksa dibuat laporan polis oleh orang Islam sendiri!

Apa sebab jadi begitu? Semua pasal tak jaga mulut. Mungkin beliau ingat dah jadi teragung sangat maka boleh saja dia labelkan orang lain itu dan ini. Kata orang ini komunis lah, pengikut Ayah Pin lah dan entah apa-apa lagi. Saya adalah salah seorang dari gulongan yang di tuduh oleh ulama ini. Ini serius ni, menuduh orang lain tidak percaya agama (komunis) dan tergelincir akidah seperti pengikut Kerajaan Langit di Terengganu. Habis yang saya cuba sedaya upaya untuk sembahyang lima waktu sehari semalam dan melakukan segala yang disuruh agama selama ini berlakon sahajalah. MasyaAllah, hanya Allah lah yang tahu hati manusia...

Selama ini saya cuba sedaya upaya untuk memahami tentang tingkahlaku kononnya ulama besar ini. Komen beliau sejak kebelakangan ini sudah bertambah melalut-lalut. Kadang-kadang datang juga dalam hati jahat saya ini mengatakan mungkin ulama ini sebenarnya agen Yahudi yang cuba memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Kalau tidak macam mana kita nak memahami sifat melampau manusia seperti ini?

Ya, Allah kau buka kan lah hati manusia bergelar Tuan Guru Nik Aziz ini supaya beliau sedar dan menjaga mulutnya agar tidak menyelarukan lagi fikiran rakyat Malaysia yang memang sudah bercelaru ini.

Lancang Biru

Monday, June 22, 2009

MARI KITA BUKA LEMBARAN BARU HUBUNGAN UMNO/PAS

Ini apa cerita pasal minta maaf pula ni, Tok Guru? Kalau dah main cerita minta maaf, jadi susahlah nak bermuzakarah. Apa PAS tak pernah buat dosa kepada orang-orang bukan penyokong PAS ke? Atau sebab PAS kononnya sebuah parti Islam sejati, jadi apa sahaja yang dibuatnya sentiasa betul. Janganlah kita bermain dengan perkataan, muzakarah lah, istiqamah lah dan entah apa-apa lagi perkataan bahasa Arab yang digunakan. Kita cakap dalam bahasa Melayu sahaja supaya saya dan lain-lain rakyat Malaysia akan mudah faham. Lain-lain rakyat Malaysia yang tak faham Bahasa Malaysia walaupun sudah setenggah abad duduk kat Malaysia, itu lain cerita. Tak kan kita nak berbincang dalam Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil pula.

Kata Tok Guru parti Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) dah marah-marah dengan PAS pasal isu perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO. Saya masih ingat lagi sebelum Muktamar PAS yang baru lalu, Tok Guru ada menyatakan PAS tidak akan membuat keputusan segera mengenai isu penyerapan ahli Kelab Penyokong PAS sebagai salah satu sayap resmi dalam PAS. Sebabnya takut UMNO nanti gunakan isu ini untuk menghentam PAS. Saya pun hairan juga dengan PAS ni. Kata dah bersedia nak jadi parti pemerintah tapi masih berlagak penakut. Kalau dah rasa perkara itu baik, kenapa nak takut-takut dengan parti lain? Pagi ini tup, tup TGNA kata boleh berunding tapi pasal Islam sahaja dan dengan syarat UMNO minta maaf terlebih dahulu.

Pendekkan cerita (sebab saya dah nak pergi kerja dah ni), kita mulalah bermuzakarah. Cerita pasal Islam saja pun tak apa sebab isu Islam ini akan juga merangkumi isu orang Melayu yang beragama Islam. Tapi pasal nak minta maaf dulu sebelum mula, itu kita tolak ketepi. Fikirkan tentang survival masa depan Islam di Malaysia ini dan mulakan lah kita bermuzakarah…..

Lancang Biru

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT HARI BAPA BUAT ABAH KU

Hari ini Hari Bapa. Baru sebentar tadi aku dapat ucapan hari bapa dari anak-anak ku. Sekurang-kurangnya anak-anak ku itu masih menghargai dan mengingatiku. Tidak semena-mena hati aku jadi sedih apabila aku sendiri teringatkan bapa ku.

Hari ini aku tak mahu bercerita tentang politik tapi aku mahu satu dunia tahu tentang bapa ku. Seorang manusia biasa tapi punya prinsip dan harga diri yang sampai kini masih menebal di hati ku. Abah, semoga tuhan mengumpulkan abah dalam golongan orang yang soleh…

Ayah ku sebelum meninggal adalah seorang pesara polis. Dari kecil aku selalu tertanya-tanya mengapa abah seorang yang amat pendiam sekali. Dia kelihatan tidak menonjol dalam segala hal. Apa yang penting baginya adalah menunaikan tanggung jawabnya. Selepas habis kerja, abah ku terus pulang ke rumah. Hobinya yang aku perasaan adalah bertukang dan menganyam membuat jala. Ayah bertukang buat sendiri gerobok makanan di dapur. Kenapa tidak beli sahaja gerobok makan di kedai perabot? Aku sendiri tak tahu.

Masa sekolah menengah, aku perasan jiran di balai polis tempat kami tinggal semua punya perabot baru dan set TV. Untuk tengok kartun, terpaksalah aku mengendeng tengok TV kat rumah jiran. Abah tidak merokok tapi dia selalu bawa balik rokok yang akan disusunnya kemas di atas para dinding rumah. Kadang-kadang sampai 40-50 kotak rokok berbagai jenama yang dikumpulnya. Katanya rokok-rokok itu orang yang bagi. Bila anak-anak buahnya sesekali datang bertandang, maka akan difaraidkan kesemua rokok-rokok ini kepada mana-mana yang berani meminta.

Abah juga jika tidak pakai uniform, suka pakai singlet berlenggan jenis “Pagoda”. Oleh sebab terlalu lama dipakai, maka banyaklah dari singlet-singlet ini yang sudah berlubang disana-sini. Tapi singlet ini selagi masih boleh dipakai akan terus digunakan oleh abah. Kenapa abah ku tidak seperti polis lain? Kebanyakan bapa kawan-kawan ku di balai semuanya mempunyai penampilan kemas belaka. Tapi tidak abah, kenapa?

Selepas aku lulus MCE dengan keputusan yang boleh tahan juga, aku telah meminta izin abah untuk memohon jawatan sebagi inspektor polis pelatih. Wah, bukan main marah lagi abah. Terkejut juga aku dibuatnya kerana beliau sendiri pada waktu itu masih seorang anggota polis. Kenapa abah tak benarkan aku jadi anggota polis sepertinya? Katanya, “ nanti kau akan tahu”.

Aku akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA tempatan di Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan. Masuk sahaja ke tahun 1, keadaan kampus terus bergolak. Mahasiswa dikampus dipengaruhi suasana pergerakan politik kampus di Thailand dan Indonesia. Sebagai mahasiswa muda aku juga turut terpengaruh dengan kegiatan mahasiswa di kampus. Waktu itu bulan Nov/Disember 1974. Tahun kampus bergelora……. dan aku terus sama-sama dibawa arus gelombang idealisma sebuah perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Aku akhirnya bersama ratusan mahsiswa lain tertangkap di Masjid Negara.

Selapas aku dibebaskan dari lokap polis, abah datang melawat aku di asrama. Suaranya nya keras sedikit dari biasa. Rupa-rupanya abah merupakan sebahagian dari anggota polis di Masjid Negara tempoh hari yang telah ku jeritkan sebagai “anjing kerajaan”. Aku enggan menjawab pertanyaan nya. Akhirnya abah pulang dengan wajah kecewanya. Kecewa kerana anak yang dibanggakan kini menjadi seorang lelaki yang terpesong pegangannya. Masakan tidak, berdegar cerita tentang Islam tapi tergamak membelakangkan ayah sendiri.

Sekarang ini bila ku kenangkan peristiwa ku bersama ayah ku dahulu, aku dihantui seribu kesalan. Sekarang aku tahu segala-galanya. Ayah ku seorang polis yang idealist rupanya. Hidupnya mengikut kemampuan dan baginya rezeki perlu dicari secara halal.

Aku faham segala-galanya sekarang abah dan maafkan aku kerana tidak sempat memohon keampunan atas segala perbuatan ku menyakiti hati mu dulu.

Semoga kau di cucuri rahmat Allah selalu, Abah. Amin.

Lancang Biru

PAKATAN RAKYAT DALAM KETAKUTAN BILA MELAYU DAH NAK BERSATU

Siapa sebenarnya yang tengah takut sekarang? Tentu sekali golongan Erdogan dalam PAS apabila komen DS Najib mengenai kerajaan perpaduan disambut dengan kenyataan politik yang begitu baik oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh UMNO telah merosot tetapi menyimpulkan bahawa UMNO sudah nazak dan hampir berkubur memang tak masuk akal sekali. Buatlah kita kira-kira dalam kepala otak sikit. Berapa kerusi Melayu dari parti PAS+PKR dalam Parlimen dan bandingkan dengan jumlah kerusi UMNO? Bagimana dengan analisa pola pengundian di Bukit Gantang baru-baru ini? Calon PAS menang sebab undi kaum bukan Melayu. Undi Melayu sebenarnya makin bertambah kepada calon UMNO.

Kalau nak tunggu UMNO tersungkur baru nak berkerjasama mempertahankan Melayu, maka pada masa itu kita semua sudah terlambat. DAP dengan sokongan bukan Melayu dalam PKR pada ketika itu sudah jadi seperti kadok yang dah dapat naik junjung. Maknanya nasi sudah jadi bubur.

Kalau mahu menegakkan Islam maka inilah masanya sebab UMNO dalam keadaan sedikit lemah dan memang bersedia berkongsi kuasa. Jangan harap lah Islam akan dapat ditegakkan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. Bagi pandangan saya, seburuk-buruk pun hati keluarga sendiri (UMNO) tidaklah seburuk hati dan perangai orang luar (DAP).

Islam akan hanya dapat tegak di Malaysia dengan sokongan majoriti orang Melayu/Islam di Malaysia. Ingat, tanpa sokongan ahli UMNO, PAS tidak punyai cukup korum untuk memerintah. Bahkan jika ahli-ahli UMNO dikafirkan dan ditolak oleh PAS, ahli dan penyokong PAS merupakan golongan minoriti dalam negara ini.

Kalau dah golongan jadi minoriti, macam mana nak dapat cukup undi bagi menegakkan Islam di Malaysia? Nak harap sokongan Kelab Penyokong PAS? Bila ahli-ahli kelab ini dah nampak bahawa golongan bukan Melayu sudah ada kekuatan sendiri, ingat mereka akan terus sokong PAS. Mereka ini orang berniaga lah beb, semuanya termasuk kesetian bagi mereka punyai harga dan boleh dijual beli pada bila-bila masa. Berangan saja lah orang-orang PAS jika terus mengharap mereka akan bersama PAS selama-lamanya.

Kalau iapun benci yang teramat sangat kepada UMNO, takkan lah sampai tak boleh bercakap dan berunding. Tiada persetujuan selepas berunding tak menjadi hal sangat tapi yang penting kita berlapang dada dan membuka minda semasa berbincang.

Harapan saya kita semua diberikan hidayah oleh Allah subhnawataala. Fikirkan lah yang terbaik untuk umat Islam dan masa depan kita di tanah air tercinta ini. Inilah satu-satunya tanah air kita, tiada dua dan tiada tiga. Salam.

Lancang Biru