? ??????????????Cincinnati Bengals? ????? ?? ???Rating: 3.6 (284 Ratings)??0 Grabs Today. 10630 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 28, 2009

UMNO Can Go to Hell

Astarafirullah.... apalah nak jadi dengan seorang ulamak tersohor ini. Kejap kata-katanya amat sedap didengar dan sekejap lagi dia boleh menghamburkan kata-kata yang amat pedih dan menghina. Kalau diterjemahkan, go to hell bermaksud pergi jahanam dengan UMNO. Cukup tidak sesuai untuk dihamburkan oleh bukan sahaja ulamak bahkan juga oleh sebarang peminpin Islam biasa.

Sunday, July 26, 2009

APA LAGI YANG KAU MAHU DARI ORANG MELAYU?

Pagi tadi aku dapat sms dari seorang sahabat supaya membaca tulisan Dr. Ridzuan Tee bertajuk " Nasib Melayu di bumi Melayu" dalam Mingguan Malaysia hari in (26/07/2009). Sebenarnya aku sudahpun membaca tulisan tersebut lebih awal dengan satu lagi cerita pasal Natrah yang ditulis oleh Puan Fatini Yaacob. Aku lebih tertarik kepada kepada cerita cinta Mansor Adabi dengan Natrah yang pernah menggegarkan dunia Melayu Islam di Singapura satu masa dulu.

Sebenarhya cerita tentang Natrah telah saya dengar dari mulut kawan-kawan sebaya bapa saya. Kemudiannya saya berpeluang membaca cerita dengan lebih lanjut dalam beberapa majalah kalau tak silap seperti dalam majalah Mustika dan juga akhbar Utusan Melayu yang ditulis oleh Puan Fatini Yaacob. Cerita tentang Natrah ini tidak pernah tidak mencuit hati naluri saya walaupun telah saya dengar dan baca berulang kali.

Pagi ini sambil membaca, saya merasa amat tertekan dengan perasaan pilu hati yang teramat sangat. Maka berderailah air mata saya tanpa dapat saya tahan-tahan. Sedih kerana begitulah akan terjadi kepada bangsa dan agama saya jika kita dijajah ataupun jika jika orang Melayu terpaksa tunduk kepada kuasa selain kuasa yang dipegang orang Islam.
Mana dia keadilan badan kehakiman yang dikuasai oleh penjajah? Semua pandai bercakap tentang keadilan tapi jika ianya melibatkan hak mereka tetapi tidak bagi hak orang Islam seperti kita. Contoh yang nyata lagi jelas ialah keputusan mahkamah yang berat sebelah dalam kes Natrah.

Teringat juga aku akan senikata lagu Warisan. Cerita tentang keadaan dan nasib orang Melayu yang menumpang di tanah air sendiri. Aduhai, kenapalah selepas 50 tahun merdeka kita masih merintih nasib bangsa sendiri?

Hari ini aku dapat lihat sekelumit cahaya bersinar. Tok Guru Nik Aziz telah mula bercakap dalam nada yang positif kearah memperteguhkan perpaduan umat Islam. Aku harap jangan lah nanti diputarbelitkan semula. Aku sebenarnya dah terlalu muak dengan ahli politik yang bercakap berulang alik.

Kepada semua sahabat ku rakyat Malaysia yang bukan Melayu, apa lagi yang kau mahu dari kami?

Lancang biru.

Sunday, July 12, 2009

PANDANGAN SEEKOR "LIPAS"

Sejak semalam aku banyak membaca artikel mengenai pencapaian 100 hari DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri. Banyak juga komen-komen dari pihak pembangkang. Memang susah nak jadi pemimpin ni. Buat di katakan meniru idea dia, tak buat kata tidor dalam kerja. Walau bagaimana pun saya ingin berkongsi satu surat yang saya baca dari The Malaysian Insider bertajuk "Surat dari seekor lipas". Pandai juga "lipas" ini menulis surat dan memberikan pandangan tetapi yang mahu saya nyatakan bahawa saya amat bersetuju dengan pendapat si "lipas" ini.

Surat dari seekor lipas kepada Perdana Menteri

Semoga Dato Sri Najib berada dalam keadaan yang sihat walafiat selalu dan moga keluarga DS Najib juga begitu. Pastinya Dato Sri tidak mengenali saya; saya bukanlah seorang Menteri, Tan Sri ataupun Datuk. Kerabat diraja bukan, dan tidak juga Professor, Doktor atau ahli korporat. Malah saya juga bukanlah seorang penyanyi, pelakon mahupun ketua kampung. Sesungguhnya Dato Seri saya bukanlah sesiapa yang penting, saya ini hanyalah ibarat seekor lipas.

Maka atas dasar ibarat seekor lipas inilah saya menulis kepada Dato Sri, kerana lipas-lipas seperti saya telah lama berdiam diri, tidak dipedulikan hingga menyebabkan Barisan Nasional hilang beberapa buah negeri. Tapi bak kata pepatah barang yang lepas jangan di kenang dan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.

Baru-baru ini saya ada menerima satu SMS berbentuk soalan teka-teki yang berbunyi ala-ala begini.
Perdana Menteri Malaysia ke 6 dilantik pada?
1. 16 September 2008
2. 16 September 2009
3. 16 September Sebelum Kiamat
4. 3 April 2009

Itu cuma jenaka sahaja. Akan tetapi realitinya menyedihkan, apabila bersepah cerita-cerita macam-macam akan terjadi kalau Dato Sri memerintah, malah ada yang kata akan dikawal oleh isteri pun ada. Jadi saya ucapkan tahniah kerana Dato Sri telah berjaya memerintah selama 100 hari. Sesungguhnya saya lebih suka menilai dari tindakan dan aktiviti yang Dato Sri terlibat dari cerita-cerita berbaur fitnah dan borak kosong di kedai kopi.

Sejuk hati penjual air laici bila Dato Sri singgah berjalan-jalan di gerainya; gembira rasanya penjual surat khabar bila dapat bersalaman dengan Perdana Menterinya yang datang singgah melawat ke tempat dia berniaga. Biarlah kita resam padi, makin tunduk makin berisi. Walaupun sekejap, tapi kurang-kurang masih ada sedikit rasa rupanya Perdana Menteri masih ingat lipas-lipas macam kami.

Dato Sri, saya tidak mintak banyak dari Dato Sri kerana saya tahu saya ini hanyalah salah seorang dari 25 juta rakyat Malaysia. Tapi manalah tahu kalau nasib saya baik seperti peniaga di Jalan Tun Sambanthan tempoh hari kalau-kalau Dato Sri terbaca surat ini, saya cuma nak menyatakan beberapa perkara.

Saya mintak Dato Sri meneruskan apa yang Dato Sri lakukan sekarang sehingga ke penghujungnya, sehingga berjaya. Saya minta Dato Sri tidak terlalu melayan kerenah politik dan tumpukan kepada negara. Ianya amatlah bagus sekiranya tajuk utama atau penumpuan utama adalah pada ekonomi negara dari sibuk berdebat dengan orang yang tidak akan bersetuju dengan anda. Lebih baik diadakan Muzakarah mengenai pakej stimulus dari mengadakan Mujdalah untuk membuktikan siapa yang kononnya lebih Islam lebih mulia. Biarlah apa mereka kata, biar apa nama mereka ejekan mereka beri, yang penting bukan berapa ramai yang datang ke ceramah akan tetapi berapa ramai yang mendapat manafaat dari suatu dasar yang dijalankan.

Sesungguhnya, rasuah itu perosak negara dan perangilah ia sebaik mungkin. Ubahlah persepsi kerajaan sebagai pemudah cara dan bukan penghalang kemajuan dengan dokumen-dokumen dan birokrasi bukan-bukan. Kebalikanlah semula semangat perpaduan, memang bagus konsep 1 Malaysia tapi janganlah sampai anak kita malu mengaku dirinya Melayu.

Pertahankanlah Agama Islam, budaya dan perjuangan Melayu kerana itu adalah asal perjuangan Dato Sri, tapi pada masa yang sama janganlah lupa dengan bangsa lain sesungguhnya mereka juga warganegara kita, rakyat kita, saudara yang sama-sama memajukan tanah tumpah darahku ini. Ini rumah kita bersama , kampung ktia bersama, sesungguhnya memang tidak akan lari kita kemana-mana.

Sesungguhnya Dato Sri, cuma ada 1Malaysia sahaja di dalam dunia ini, tidak ada negara lain yang sepertinya dan saya tidak bercadang untuk pergi kemana-mana. Memang banyak cabaran dan gundah gulana kita hadapi, akan tetapi saya terbuka dalam memberi peluang kepada Dato Sri Najib untuk memimpin negara yang kita cintai ini. Ingatlah kalau pejuangan tersasar, kalau pentabiran tidak cekap kami tidak akan berfikir dua kali untuk menukar kepimpinan demi kebaikan negara. Akan tetapi, kalau perjuanganya tulus, kepimpinannya baik insyaallah bukan saya seorang sahaja malah seluruh rakyat Malaysia akan menyokong Dato Sri. Buatlah yang terbaik, berjasalah dan berbaktilah sebaik mungkin.

Sekian itu sahaja dari saya.

Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas.

Friday, July 3, 2009

APAKAH KITA SUDAH CUKUP BERANI?

Alhamdulillah, saya sudah pun selamat sampai semula ke tanah air. Dalam perjalanan balik ke rumah dari KLIA, saya berpeluang berdailog dengan seorang pemandu teksi limosin KLIA yang membawa saya pulang.

Mula-mula dalam teksi dah dapat agak yang si pemandu teksi seorang ni nak cuba masukkan jarum racun pembangkang. Saya tak bagi peluang. Walaupun badan amat terasa letih saya terus menyangkal segala tuduhan negatifnya sampai dia tak mampu nak menjawab lagi dan akhirnya terpaksa akur dengan pandangan saya.

Tak tahu lah saya racun jenis apa yang telah dimakan dek manusia Melayu sekarang ini sehingga sanggup untuk menolak kelebihan mereka sebagai gulongan majoriti di Malaysia atas dasar "samarata dan samarasa". Yang saya hairan sungguh ialah si pemandu teksi ni terasa sangat yang Melayu tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan kerana konon nya orang Melayu sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lain lain kaum di Malaysia. MasyaAllah, ini kata pemandu teksi ni, kalau loyar Haris Ibrahim tu saya mudah faham sikit.

Memang tidak saya nafikan bahawa Melayu pada masa ini sudah banyak berubah dari segi pencapaian dan kebolehan. Itu sebabnya sudah ada orang Melayu yang mampu beri nasihat kepada syarikat luar negara.Ini pun kerana dari hasil DEB dan perancangan kerajaan BN/UMNO bagi memastikan pendidikan dan peluang melanjutkan pelajaran kepada oarng Melayu di utamakan sejak dulu lagi . Kalau tidak, entah kat manalah kedudukan kita. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi yang nak buang tongkat tu pasal apa?

Sebagai penutup saya turunkan serangkap madah yang saya baca di blog Datuk A. Kadir Jasin pagi tadi.

Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasi
Keterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi?

- Datuk A. Kadir Jasin

Salam.

Lancang Biru

Sunday, June 28, 2009

NAK DIAM BUAT SEMINGGU


Esok aku akan pergi luar negeri selama seminggu. Buat kerja sikit. Naik muak membaca kesah politik orang Melayu yang dah kronik sangat ni. Nak tergelak juga aku bila dengar Tuan Guru nak ajak DS Najib untuk berdebat. Mimpi apa Tok Guru ni? Bercakap bahasa Melayu pun pekat dengan dailek dan pelat kelete. Nanti jadi bahan ketawa satu Malaysia pula.Gapo isu yang mu nak royak?

Menurut cakap Tok Guru, dia ajak DS Najib berdebat sebab marah dengan Pemuda UMNO Kelantan yang buat laporan polis terhadap isi satu ceramahnya. Itulah Tok Guru, kata orang tua-tua cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dunia dah nak kiamat agaknya bila seorang ulama "tersohor" di Malaysia telah dilaporkan ke polis oleh sekumpulan orang Islam.

Dari cerita pasal orang, baik aku berdiam diri sekejap. Bila balik nanti aku nak lihat jika ada apa apa perubahan dengan Tok Guru seorang ini. Harap-harap TGNA banyak-banyak bersabar dan jangan melalut-lalut lagi. Di masa depan hendaknya beliau fikir dulu sebelum buka mulut.

Labi, labi..... kan aku dah cakap.

Lancang Biru

Friday, June 26, 2009

AKU TAK FAHAM, BETUL-BETUL TAK FAHAM....

Satu report polis telah dibuat ke atas seorang ulama politik terkenal ini. Kenapa sampai begitu sekali? Kalau ulama dah sampai diseret begitu rupa, mana dia rasa hormat kepada ulama, pewaris kepada nabi? Ini lah jika agama sudah dipolitikkan, bukan sahaja agama Islam dipersoalkan oleh orang bukan Islam bahkan seorang ulama yang selama ini amat disanjung tinggi terpaksa dibuat laporan polis oleh orang Islam sendiri!

Apa sebab jadi begitu? Semua pasal tak jaga mulut. Mungkin beliau ingat dah jadi teragung sangat maka boleh saja dia labelkan orang lain itu dan ini. Kata orang ini komunis lah, pengikut Ayah Pin lah dan entah apa-apa lagi. Saya adalah salah seorang dari gulongan yang di tuduh oleh ulama ini. Ini serius ni, menuduh orang lain tidak percaya agama (komunis) dan tergelincir akidah seperti pengikut Kerajaan Langit di Terengganu. Habis yang saya cuba sedaya upaya untuk sembahyang lima waktu sehari semalam dan melakukan segala yang disuruh agama selama ini berlakon sahajalah. MasyaAllah, hanya Allah lah yang tahu hati manusia...

Selama ini saya cuba sedaya upaya untuk memahami tentang tingkahlaku kononnya ulama besar ini. Komen beliau sejak kebelakangan ini sudah bertambah melalut-lalut. Kadang-kadang datang juga dalam hati jahat saya ini mengatakan mungkin ulama ini sebenarnya agen Yahudi yang cuba memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Kalau tidak macam mana kita nak memahami sifat melampau manusia seperti ini?

Ya, Allah kau buka kan lah hati manusia bergelar Tuan Guru Nik Aziz ini supaya beliau sedar dan menjaga mulutnya agar tidak menyelarukan lagi fikiran rakyat Malaysia yang memang sudah bercelaru ini.

Lancang Biru

Monday, June 22, 2009

MARI KITA BUKA LEMBARAN BARU HUBUNGAN UMNO/PAS

Ini apa cerita pasal minta maaf pula ni, Tok Guru? Kalau dah main cerita minta maaf, jadi susahlah nak bermuzakarah. Apa PAS tak pernah buat dosa kepada orang-orang bukan penyokong PAS ke? Atau sebab PAS kononnya sebuah parti Islam sejati, jadi apa sahaja yang dibuatnya sentiasa betul. Janganlah kita bermain dengan perkataan, muzakarah lah, istiqamah lah dan entah apa-apa lagi perkataan bahasa Arab yang digunakan. Kita cakap dalam bahasa Melayu sahaja supaya saya dan lain-lain rakyat Malaysia akan mudah faham. Lain-lain rakyat Malaysia yang tak faham Bahasa Malaysia walaupun sudah setenggah abad duduk kat Malaysia, itu lain cerita. Tak kan kita nak berbincang dalam Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil pula.

Kata Tok Guru parti Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) dah marah-marah dengan PAS pasal isu perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO. Saya masih ingat lagi sebelum Muktamar PAS yang baru lalu, Tok Guru ada menyatakan PAS tidak akan membuat keputusan segera mengenai isu penyerapan ahli Kelab Penyokong PAS sebagai salah satu sayap resmi dalam PAS. Sebabnya takut UMNO nanti gunakan isu ini untuk menghentam PAS. Saya pun hairan juga dengan PAS ni. Kata dah bersedia nak jadi parti pemerintah tapi masih berlagak penakut. Kalau dah rasa perkara itu baik, kenapa nak takut-takut dengan parti lain? Pagi ini tup, tup TGNA kata boleh berunding tapi pasal Islam sahaja dan dengan syarat UMNO minta maaf terlebih dahulu.

Pendekkan cerita (sebab saya dah nak pergi kerja dah ni), kita mulalah bermuzakarah. Cerita pasal Islam saja pun tak apa sebab isu Islam ini akan juga merangkumi isu orang Melayu yang beragama Islam. Tapi pasal nak minta maaf dulu sebelum mula, itu kita tolak ketepi. Fikirkan tentang survival masa depan Islam di Malaysia ini dan mulakan lah kita bermuzakarah…..

Lancang Biru