? ??????????????Cincinnati Bengals? ????? ?? ???Rating: 3.6 (284 Ratings)??0 Grabs Today. 10630 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, July 12, 2009

PANDANGAN SEEKOR "LIPAS"

Sejak semalam aku banyak membaca artikel mengenai pencapaian 100 hari DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri. Banyak juga komen-komen dari pihak pembangkang. Memang susah nak jadi pemimpin ni. Buat di katakan meniru idea dia, tak buat kata tidor dalam kerja. Walau bagaimana pun saya ingin berkongsi satu surat yang saya baca dari The Malaysian Insider bertajuk "Surat dari seekor lipas". Pandai juga "lipas" ini menulis surat dan memberikan pandangan tetapi yang mahu saya nyatakan bahawa saya amat bersetuju dengan pendapat si "lipas" ini.

Surat dari seekor lipas kepada Perdana Menteri

Semoga Dato Sri Najib berada dalam keadaan yang sihat walafiat selalu dan moga keluarga DS Najib juga begitu. Pastinya Dato Sri tidak mengenali saya; saya bukanlah seorang Menteri, Tan Sri ataupun Datuk. Kerabat diraja bukan, dan tidak juga Professor, Doktor atau ahli korporat. Malah saya juga bukanlah seorang penyanyi, pelakon mahupun ketua kampung. Sesungguhnya Dato Seri saya bukanlah sesiapa yang penting, saya ini hanyalah ibarat seekor lipas.

Maka atas dasar ibarat seekor lipas inilah saya menulis kepada Dato Sri, kerana lipas-lipas seperti saya telah lama berdiam diri, tidak dipedulikan hingga menyebabkan Barisan Nasional hilang beberapa buah negeri. Tapi bak kata pepatah barang yang lepas jangan di kenang dan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.

Baru-baru ini saya ada menerima satu SMS berbentuk soalan teka-teki yang berbunyi ala-ala begini.
Perdana Menteri Malaysia ke 6 dilantik pada?
1. 16 September 2008
2. 16 September 2009
3. 16 September Sebelum Kiamat
4. 3 April 2009

Itu cuma jenaka sahaja. Akan tetapi realitinya menyedihkan, apabila bersepah cerita-cerita macam-macam akan terjadi kalau Dato Sri memerintah, malah ada yang kata akan dikawal oleh isteri pun ada. Jadi saya ucapkan tahniah kerana Dato Sri telah berjaya memerintah selama 100 hari. Sesungguhnya saya lebih suka menilai dari tindakan dan aktiviti yang Dato Sri terlibat dari cerita-cerita berbaur fitnah dan borak kosong di kedai kopi.

Sejuk hati penjual air laici bila Dato Sri singgah berjalan-jalan di gerainya; gembira rasanya penjual surat khabar bila dapat bersalaman dengan Perdana Menterinya yang datang singgah melawat ke tempat dia berniaga. Biarlah kita resam padi, makin tunduk makin berisi. Walaupun sekejap, tapi kurang-kurang masih ada sedikit rasa rupanya Perdana Menteri masih ingat lipas-lipas macam kami.

Dato Sri, saya tidak mintak banyak dari Dato Sri kerana saya tahu saya ini hanyalah salah seorang dari 25 juta rakyat Malaysia. Tapi manalah tahu kalau nasib saya baik seperti peniaga di Jalan Tun Sambanthan tempoh hari kalau-kalau Dato Sri terbaca surat ini, saya cuma nak menyatakan beberapa perkara.

Saya mintak Dato Sri meneruskan apa yang Dato Sri lakukan sekarang sehingga ke penghujungnya, sehingga berjaya. Saya minta Dato Sri tidak terlalu melayan kerenah politik dan tumpukan kepada negara. Ianya amatlah bagus sekiranya tajuk utama atau penumpuan utama adalah pada ekonomi negara dari sibuk berdebat dengan orang yang tidak akan bersetuju dengan anda. Lebih baik diadakan Muzakarah mengenai pakej stimulus dari mengadakan Mujdalah untuk membuktikan siapa yang kononnya lebih Islam lebih mulia. Biarlah apa mereka kata, biar apa nama mereka ejekan mereka beri, yang penting bukan berapa ramai yang datang ke ceramah akan tetapi berapa ramai yang mendapat manafaat dari suatu dasar yang dijalankan.

Sesungguhnya, rasuah itu perosak negara dan perangilah ia sebaik mungkin. Ubahlah persepsi kerajaan sebagai pemudah cara dan bukan penghalang kemajuan dengan dokumen-dokumen dan birokrasi bukan-bukan. Kebalikanlah semula semangat perpaduan, memang bagus konsep 1 Malaysia tapi janganlah sampai anak kita malu mengaku dirinya Melayu.

Pertahankanlah Agama Islam, budaya dan perjuangan Melayu kerana itu adalah asal perjuangan Dato Sri, tapi pada masa yang sama janganlah lupa dengan bangsa lain sesungguhnya mereka juga warganegara kita, rakyat kita, saudara yang sama-sama memajukan tanah tumpah darahku ini. Ini rumah kita bersama , kampung ktia bersama, sesungguhnya memang tidak akan lari kita kemana-mana.

Sesungguhnya Dato Sri, cuma ada 1Malaysia sahaja di dalam dunia ini, tidak ada negara lain yang sepertinya dan saya tidak bercadang untuk pergi kemana-mana. Memang banyak cabaran dan gundah gulana kita hadapi, akan tetapi saya terbuka dalam memberi peluang kepada Dato Sri Najib untuk memimpin negara yang kita cintai ini. Ingatlah kalau pejuangan tersasar, kalau pentabiran tidak cekap kami tidak akan berfikir dua kali untuk menukar kepimpinan demi kebaikan negara. Akan tetapi, kalau perjuanganya tulus, kepimpinannya baik insyaallah bukan saya seorang sahaja malah seluruh rakyat Malaysia akan menyokong Dato Sri. Buatlah yang terbaik, berjasalah dan berbaktilah sebaik mungkin.

Sekian itu sahaja dari saya.

Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas.

0 comments: